Pandangan/Pendapat
Setiap orang pasti mempunyai pandangan tentang sesuatu perkara, tak kiralah pandangan negatif mahupun positif. Sesetengah orang suka berkongsi pendapat dan pandangan mereka dengan orang lain. Perkara ini memang amat menyenangkan. Saya dan kawan-kawan juga selalu bertukar-tukar buah fikiran tentag pelbagai isu. Namun ada golongan yang terlalu negatif sehinggakan semua perkara yang dilakukan orang lain pasti ada yang tak kena dimata mereka.
Saya tidak faham dengan sikap golongan seperti ini. Mereka seolah-olah terlalu sempurna sehinggakan semua perkara yang dilakukan oleh orang lain pasti ada celanya dimata mereka. Namun pada masa yang sama mereka hanya berani untuk bercakap belakang sahaja tanpa mengambil apa-apa langkah untuk memperbetulkan apa yang cela dimata mereka. Apa yang lebih menyedihkan ialah mereka tidak langsung cuba untuk melihat sesuatu perkara dari segi positif. Setiap benda yang mereka lihat, penilaian yang keluar dari mulut mereka akan berunsur negatif. Yang menghairankan, orang seperti ini apabila diserahkan tugasan, mereka akan lari dari melakukannya. Beribu alasan akan diberi untuk lari dari tanggungjawab itu, namun apabila ada yang sudi melakukan tugasan itu maka mereka akan mula bersuara menyatakan komen-komen berunsur negatif.
Disini saya rasa tidak keterlaluan kalau saya katakan mereka ini ibarat tin kosong, bunyinya kuat namun isi tiada. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang perfect dan tidak pernah melakukan kesalahan dalam membuat sesuatu kerja. Seandainya anda yang membaca tergolong dalam golongan yang saya sebutkan ini, ubahlah perangai anda. Janganlah terus-terusan menilai dunia dari sudut yang negatif sebaliknya, cuba cari perspektif baru dalam kehidupan anda. Jangan selalu menjadi katak dibawah tempurung, namun kadang-kala si helang juga mendongak ke langit biru.

6 Comments:
Jangan selalu menjadi katak dibawah tempurung, namun kadang-kala si helang juga mendongak ke langit biru.
apa maksudnya nii??keliru..
salam sha
take care..moga dapat mencurahkan baktimu..slmt pergi n kembali..
wassalam..
Jangan selalu menjadi katak dibawah tempurung, namun kadang-kala si helang juga mendongak ke langit biru.
Pada pandangan saya, sebagai manusia,kite tak boleh sentiasa menjadi katak di bawah tempurung atau helang yang terbang tinggi.tapi kite kena menjdai seorang yang fleksible.kita kena ada pandangan yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara. macam tu baru pendapat kita tentag sesuatu perkara seimbang.tak terlalu negatif atau positif.
alamak salah eja menjadi.sorie!
salam sya
happy holiday.take care..jgn nakal2..jumpe lagik seminggu..insyaALLAH..:D
wassalam..
Syah! Anda telah di-tag. Dtg blog aku ntok copy paste
Post a Comment
<< Home