Tidak Boleh Atau Tidak Mahu???
Aku terfikir dalam hidup ini wujudkah ungkapan tidak boleh? Atau sebagai manusia kita hanya mengungkapkan kata-kata itu sebab kita tidak mahu untuk membuat sesuatu yang kita tidak suka. Sebagai contoh dialog yang sangat biasa kita dengar “I tak boleh lupekan you”, sebenarnya alasan disebalik tidak boleh adalah kita langsung tidak mahu melupakan seseorang itu.
Memang benar sebagai manusia kebolehan kita terbatas tapi kebanyakan manusia hari ini lebih gemar menggunakan frasa tidak boleh kerana tidak mahu. Tidak boleh hanyalah alasan yang mudah untuk melepaskan diri dari dipaksa melakukan sesuatu yang kurang digemari.
Persoalan ini membuat kan aku merenung hidup aku lebih jauh. Jauh ke hadapan dan juga ke belakang. Berapa banyak kali alasan tidak boleh telah aku gunakan dalam hidup aku semata-mata untuk mengelak? Dan jawapan yang aku perolehi, sangat banyak. Sejauh mana alasan ini akan aku pakai dalam hayat ku? Sebolehnya aku tak mahu menggunakan alasan ini lagi. Aku akan cuba untuk berterus terang pada diri aku dan juga orang di sekeliling aku. Sekiranya aku tidak mahu maka akan ku katakan aku tidak mahu.
Di zaman aku kanak-kanak dahulu, ayah aku pernah bercerita kepada ku tentang budaya masyarakat Jepun, dan masih segar dalam ingatan ku. Kata ayah, “orang Jepun, seandainya disuruh buat sesuatu kerja, dia takkan jawab tidak boleh, tapi jawapan yang dia akan bagi ialah saya cuba”. Mungkin inilah yang membuatkan kita ketinggalan dari mereka.
Selepas ini aku harap ungkapan tidak boleh dalam erti kata untuk mengelak melakukan sesuatu tidak lagi aku gunakan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjawab “saya akan cuba”.
1 Comments:
yup..betul tu sha..kite seeloknye tidak mudah berkata "tidak mahu n tidak boleh"..semue bende kat dunia ni boleh kite buat jika mempunyai keinginan tp jika sesuatu bende yg sukar dilakukan kita perlukan cuba utk mempelajarinya...
"Belajarlah dulu sebelum berbuat sesuatu,jgn berbuat dulu baru nak belajar."
Post a Comment
<< Home