Undi dan Politik.
Sebagai rakyat Malaysia, kita dikira layak untuk mengundi apabila berumur 21 tahun. Jika dilihat dari anggaran kasar, rata-rata rakyat yang berumur 21 tahun masih lagi menjadi penuntut di Institusi Pengajian Tinggi. Pada masa yang sama, pelajar juga dilarang untuk telibat dalam bidang politik. Persoalannya, relevankah peraturan ini???
Apa yang terjadi ialah kita diminta untuk mengundi satu parti politik tetapi tidak boleh terlibat dalam apa jua kegiatan termasuk perhimpunan semua parti politik. Bagaimana untuk kita membuat pilihan tanpa mengenali siapa yang harus dipilih??? Adakah kita digesa untuk membuat pilihan dengan membabi buta??? Bagaimana untuk kita membuat penentuan siapa antara calon yang sesuai untuk dijadikan pemimpin???
Saya agak kurang bersetuju dengan peraturan yang mencegah pelajar dari terlibat dalam kegiatan politik. Jika dinilai, peraturan ini seperti mengikat tangan dan menutup mulut kita untuk menyuarakan pendapat dan menghalang kita untuk mengenali dengan lebih dekat siapa bakal pemimpin kita. Secara tidak langsung, ia juga merampas hak asasi kita sebagai manusia.
Mungkin ada di antara kita yang berpendapat, cukup bagi seorang pelajar menilai seseorang pemimpin dari media massa. Tetapi, sejauh manakah kredibiliti media massa tempatan hari ini??? Adakah semua yang disuap ke minda kita itu benar dan tulus tanpa ada yang memesong atau dipesongkan??? Adakah media tempatan hari ini tidak bersikap berat sebelah (bias) terhadap mana-mana parti politik???
Kepada sesiapa yang membaca “post” ini, saya harap anda dapat berkongsi pendapat dengan saya tentang isu ini. Saya sebenarnya agak keliru dengan peraturan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa. Tolong saya fahami apa sebenarnya yang tersirat disebalik peraturan-peraturan yang telah digariskan.

4 Comments:
inilah demokrasi acuan malaysia!
saudara anonymous,
sampai biler agak-agak Malaysia akan jadi macam ni?
selagi rakyat terus leka dan tidak pernah peka akan hak dan kebebasan mereka,selagi tu malaysia akn kekal dalam kebejatan.
anonymous,
apa yang boleh dibuat untuk meyedarkan rakyat? dan apa pula langkah yang perlu diambil untuk rakyat yang dh sedar? sbb kalau sedar sahaja tanpa berbuat apa-apa tak guna juga.
Post a Comment
<< Home